Pemain muda kacukan Thailand, Ben Davis menafikan dakwaan beliau akan beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan setelah beraksi bersama Fulham musim lalu.

Davis dilaporkan masih belum menerima kontrak lanjutan bersama kelab yang baru sahaja tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Fulham.

Pemain berusia 20 tahun itu beraksi bersama skuad B-23 tahun Fulham dalam saingan Premier League 2 namun beliau jarang beraksi dalam kesebelasan utama.

Apabila diturunkan, Ben Davis diletakkan di posisi pemain tengah bertahan, berbeza dengan posisi sebenar beliau yang beraksi di posisi tengah atau pemain nombor 10.

Davis merupakan salah satu pemain kelahiran Thailanf yang beraksi bersama kelab EPL dimana seorang lagi pemain ialah Thanawat Suengchitthawon yang beraksi bersama Leicester City dan pemain ini turut diturunkan ketika Malaysia turun menentang Thailand baru-baru ini.

Di peringkat antarabangsa, Davis memutuskan untuk beraksi bersama Thailand meskipun turut mempunyai pasport Singapura dan United Kingdom.

Beliau membantu skuad B-23 tahun Thailand dalam temasya AFC B-23 Tahun pada 2020, tampil dalam dua perlawanan dan membantu Thailand mara ke peringkat suku akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Yoichiro Kakitani: “Kami Sudah Kaji Corak Permainan JDT Melalui Rakaman Video”

Benjamin Mora Waspada Ancaman Empat Pemain Nagoya Grampus

Farizal Marlias Mahu Catat Keputusan Positif Berdepan Nagoya Grampus