Ronald Koeman baru diumum sebagai pengurus terbaru Barcelona. Tetapi beliau masih belum memulakan tugas rasminya, sudah ada ura ura mahu menggantikan beliau dengan Jurgen Klopp.

Barcelona sudah menukar pengurus dengan kerap sejak beberapa musim ini. Terbaru mereka memecat Quique Setien yang awalnya dianggap individu yang tepat membawa semula DNA Cruyff ke dalam pasukan.

Namun kekalahan di tangan Bayern Munich dengan skor memalukan, tewas 2-8 telah membuatkan pengurus itu dipecat.

Setien juga terlepas kesemua gelaran untuk Barcelona musim ini termasuk La Liga yang dipintas Real Madrid selepas La Liga bersambung semula.

Calon presiden Barcelona dalam pemilihan yang akan datang, Jordi Farre sudah mengklaim dirinya sudah berbincang dengan Jurgen Klopp.

Beliau berkata, jika beliau menang, maka beliau akan melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus.

Manifesto itu diluahkan beliau sebagai usaha untuk menentang Josep Maria Bartomeu dalam pemilihan yang akan datang.

Menurut Farre, perlantikan Klopp akan menjadi penyelesaian segala masalah di Barcelona.

Selain daripada mengakui sudah berbincang dengan Klopp, lebih kontroversi apabila Farre mengancam untuk memecat Koeman yang ketika ini baru sahaja diumum sebagai pengurus.

“Kalau Koeman menunjukkan prestasinya yang bagus, saya akan bagi peluang, sudah tentunya.”

“Jelas sekali kita sudah ada roadmap / hala tuju dan sudah mengadakan beberapa perbincangan dengan Jurgen Klopp.”

“Kerana bagi kami, Barcelona memerlukan seorang pengurus yang sangat bagus.”

Selain daripada Farre, bekas presiden Barca dari 2003-2010 iaitu Joan Laporta juga antara mereka yang akan berada dalam senarai pencalonan.

Seterusnya, usahawan Catalan, Victor Font serta Lluis Fernandez Ala juga dijangka akan menghantar pencalonan mereka.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Barcelona Minta Man City Bayar £631 Juta Untuk Dapatkan Messi

Flick Akui PSG Sangat Menakutkan, Namun Bayern Tak Akan ‘Parking Bas’

Chelsea Sedia Muktamadkan Perpindahan Thiago Silva, Ben Chilwell Dan Kai Havertz