Hector Bellerin tampil dengan kritikan terbuka kepada sistem pengurusan pemain bola sepak profesional pada hari ini kerana bola sepak moden.

Di mana menurutnya ia telah membuatkan para pemain seolah olah dihakis nilai kemanusiaan dan disisihkan daripada masyarakat oleh satu sistem.

Bellerin ternyata tidak gembira dengannya kerana pemain bola sepak ada gelembung mereka sendiri dalam bola sepak moden.

“Kami sebagai pemain bola sepak berada di kedudukan yang istimewa. Kami adalah salah satu golongan yang banyak membayar cukai pendapatan kepada negara.”

“Kami bekerja keras dan banyak berkorban. Namun kami harus sedar apa tanggungjawab yang kami ada kepada masyarakat.”

“Pemain bola sepak seharusnya menjadi yang pertama untuk sedia membantu menstabilkan komuniti masyarakat.”

“Namun saya akan terima pandangan sesetengah rakan pemain profesional yang berbeza pendapat.”

“Pemain pemain bola sepak sekarang ini semakin hilang hubungan mereka dengan penyokong. Ada banyak perkara yang menjadi titik pemisah kami dengan orang ramai dan ianya tidak berlaku sebepum ini.”

“Kebanyakan pemain bola sepak lahir daripada keluarga yang rendah diri, yang tidak ada apa apa.”

“Namun sekarang, kami sebagai pemain bola sepak telah dihakis nilai kemanusiaan dalam satu gelembung.”

“Bola sepak itu seharusnya milik penyokong dan boleh diakses sesiapa sahaja. Saya seorang yang kritis dalam situasi bola sepak moden.”

“Kerana bola sepak moden membuatkan para pemain semakin jauh daripada penyokong setia.”

“Saya berhaluan kiri, saya tak perlu menyembunyikan pendirian saya.”

“Paling penting bagi saya, masyarakat bergera maju ke hadapan dan sedia untuk berkongsi dan saling membantu antara satu sama lain.”

“Ya, saya seorang yang agak apolitikal [non partisan] kerana agak sukar untuk saya melihat mana mana parti politik yang benar benar sesuai dengan pendirian saya sebagai manusia.”

“Saya mahu melihat lebih ramai pemain bola sepak menjadi aktivis. Tetapi saya faham, banyak kekangannya.”

“Saya nak tahu bagaimana masyarakat di luar sana menjalani kehidupan mereka setiap hari. Sebab itu saya suka membaca berita, keluar berjumpa dengan orang pada waktu malam, selepas tamat waktu kerja.”

“Dan kemudian bercakap tentang perkara di luar gelembung bola sepak saya.”

Bellerin kini bermain untuk Barcelona. Dan mereka dalam misi untuk merampas semula kejuaraan La Liga daripada musuh tradisi Real Madrid.