Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM45 juta untuk disalurkan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mulai tahun depan. Perkembangan itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Ia adalah pertambahan sebanyak RM30 juta berbanding RM15 juta seperti yang diperuntukkan dalam belanjawan tahun lepas bagi mengangkat martabat dan mutu sukan bola sepak negara.

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) merupakan satu pelan jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti di peringkat akar umbi. Mengikut perancangan program ini, lebih 50,000 pemain akan dilatih pada tahun 2020.

NFDP meliputi skop yang luas iaitu pendidikan jurulatih, pencari bakat, kemudahan, infrastruktur, pertandingan kualiti dan kuantiti di pelbagai peringkat kerana ia bertujuan untuk menyediakan anak-anak muda memenuhi permintaan yang tinggi dalam dunia bola sepak profesional.

Menurut kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Berita Harian pada tahun lepas, NFDP secara keseluruhannya sudah membelanjakan kira-kira RM80 juta sejak mula ditubuhkan pada tahun 2014. Kos berkenaan tidak termasuk pembinaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang.

“Kita tidak boleh menghentikan NFDP kerana ia adalah program yang bagus. Ia  pembangunan akar umbi yang membabitkan seluruh negeri. Namun perlu ada penstrukturan semula dan perbincangan rapi bersama pihak berkepentingan untuk melangkah ke depan,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, kerajaan terdahulu menjanjikan RM20 juta setiap tahun kepada NFDP. Bagaimanapun, NFDP hanya menerima RM10 juta (2014), RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan RM3.5 juta (2017).

Ketika ini, seramai 11,992 orang pemain sedang menjalani latihan di seluruh negara melibatkan 112 bush pusat latihan.

Lagi artikel menarik mengenai program NFDP yang mungkin anda terlepas pandang. 

NFDP Terbukti Berkesan – Azraai Khor Abdullah

Cerezo Osaka Tertarik Dengan Aksi Pemain U12 NFDP Kubang Pasu, Abid Safaraz

Luqman Hakim Antara 10 Pelatih AMD Dipilih Wakili Negara Dalam Kejohanan AFF B-19

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group