Bekas wonderkid yang pernah beraksi bersama Barcelona, Bojan Krkić dikhabarkan sedang mengadakan perbincangan dengan sebuah kelab dari saingan Thai League 1.

Perkara ini dikongsikan oleh Everything Thai Football di laman media sosial Twitter dimana Bojan ketika ini berstatus ejen bebas selepas tamat kontrak bersama kelab Major League Soccer (MLS), Montreal Impact.

Bojan dicanang sebagai pemain muda yang akan menyinar di Barcelona setelah diberi peluang untuk tampil bersama skuad utama disamping pemain seperti Ronaldinho, Lionel Messi dan Samue Eto’o pada 2007.

Namun, graduan La Masia itu hanya bertahan selama tiga musim dimana beliau membuat 162 penampilan dan menjaringkan 41 gol sebelum berhijrah ke AS Roma.

Bojan Krkić
Sumber Gambar: Goal.com

Bojan Krkić kemudiannya berkelana dengan menyertai beberapa kelab seperti Ajax Amsterdam, Stoke City, Mainz 05, Alaves sebelum beraksi bersama Montreal Impact musim lalu.

Saingan Thai League tidak asing dengan kelibat pemain berprofil tinggi seperti bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler dan bekas penyerang skuad kebangsaan England yang pernah menyarung jersi Muangthong United.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Sarawak United Sanggup Lepaskan Sandro Da Silva Secara Percuma

Pemain Kebangsaan Terima Jam Tangan G-Shock Edisi Harimau Malaya

Kem Vietnam Resah, Seorang Lagi Pemain Cedera Patah Tulang Kaki

Bojan Krkić