Pairoj Piempongsant telah menyatakan kesungguhan untuk membawa kualiti yang lebih baik kepada Royal Excel Mouscron, selepas mengesahkan pengambilalihan kelab divisyen 1 Belgium itu.

Ahli perniagaan terkenal dari Thailand itu telah diperkenalkan sebagai pelabur baharu kelab tersebut awal minggu lalu kepada umum, namun tiada butiran lanjut berkenaan pengambilalihan itu.

Pairoj merupakan pemilik pertama dari Thailand yang memiliki kelab bola sepak dalam liga divisyen tertinggi Belgium. Sebelum ini King Power Group yang juga pemilik Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris memiliki kelab divisyen 2 Belgium, OHL Leuven.

B9715651887Z.1_20180508203229_000+GDGB8EUI2.2-0

Ketika berlangsungnya sesi memperkenalkan kepada umum di ibu pejabat kelab, Pairoj telah ditanya kenapa beliau memilih kelab di Belgium.

“Belgium merupakan sebuah negara yang mempunyai FIFA Ranking yang tinggi. Belgium juga mempunyai ramai pemain bertaraf dunia seperti Romelu Lukaku, Eden Hazard, Kevin De Bryune dan Thibaut Courtois.”

Untuk Berjaya, Kualiti Kelab Perlu Dipertingkatkan

Menurut Pairoj, untuk Royal Excel Mouscron berjaya, kelab ini perlu mempertingkatkan kualiti kelab terlebih dahulu. Dan untuk melakukannya, Pairoj akan berusaha membawa masuk penajaan dari Asia untuk menaikkan bajet kelab.

Beliau juga secara jelas berjanji akan melabur bukan sahaja untuk pasukan utama malah termasuk juga untuk akademi kelab.

PAJROJ-2

Selain itu, Pairoj juga dilaporkan hampir pasti melengkapkan pengambilalihan mejoriti pegangan sebuah lagi kelab bola sepak terkenal Eropah, Panathinaikos, yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk.

“Ia masih terlalu awal kerana ia masih belum dilengkapkan. Tetapi jika ia sudah dipastikan, anda boleh bayangkan hubungan antara 2 buah kelab ini.”

Pairoj Broker Pengambilalihan Kelab Berpengalaman

Beliau bukan baru dalam bidang pengambilalihan kelab bola sepak.

Menurut sebuah laporan, Pairoj dikatakan orang yang bertanggungjawab untuk membawa Thaksin Shinawatra untuk mengambilalih kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada tahun 2007.

Setahun kemudian, Pairoj dipercayai terlibat dalam penjualan kelab Manchester City kepada Abu Dhabi United Group dimana beliau berjaya membantu Thaksin Shinawatra memperolehi keuntungan berganda.

663115164

Selain itu, Pairoj juga adalah orang tengah yang membolehkan sebuah kumpulan dari Thailand membeli kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Reading beberapa tahun lalu.

Beberapa lagi kelab bola sepak di England adalah milik beberapa ahli perniagaan dari Thailand seperti Leicester City dimiliki oleh King Power Group, Dejphon Chansiri adalah pemilik Sheffield Wednesday dan terbaru Sumrith Thanakarjanasuth melengkapkan pengambilalihan kelab liga divisyen 3 England, Oxford United.

Sumber