Nampaknya pemain Argentina, Lautaro Martinez semakin hampir dengan kelab yang berpangkalan di Catalonia.

Ini selepas Barcelona dilaporkan mencapai kesepakatan dengan Lautaro. Sementara itu, bekas presiden Nerazzurri yakin pemain itu akan meninggalkan Itali pada akhir musim.

Inter masih cuba untuk meyakinkan pemain itu untuk kekal. Namun media di Itali, percaya bahawa Barcelona telah mencapai kesepakatan dengan Lautaro.

Dan kini sedang berunding dengan Inter Milan tentang harga dan pakej lain.

Laman Sportmediaset melaporkan  bahawa Lautaro dan Barca telah bersetuju dengan perjanjian lima tahun. Beliau juga bakal menerima gaji tahunan €12 juta dengan bonus tambahan.

Walaubagaimanapun, pihak dari Catalans tidak mengesahkan atau menafikan kemaskini yang dilaporkan ini.

Barcelona menawarkan kepada orang Itali sekitar €60 juta dan dua pemain – sementara Inter menginginkan wang tunai sahaja dengan minimum €80 juta.

Mantan Presiden Inter, Massimo Moratti, baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa beliau optimis,  Lautaro akan meninggalkan Inter Milan selepas tamat musim ini.

lautaro

Moratti berkata: “Anda tidak boleh menghalang seseorang yang ingin berada di tempat lain. Itu akan meletakkannya dalam keadaan terpaksa bermain.”

“Saya ada perasaan yang mengatakan bahawa Lautaro akan meninggalkan Inter pada akhir musim. ” Jelas Moratti kepada Sportmediaset.

Antonio Conte sebelum ini sudah menyatakan pendirian beliau bahawa mahu pemain no.9 dari Argentina itu terus kekal bersama Inter.

Lautaro menunjukkan aksi cemerlang beliau musim ini selepas pemergian Mauro Icardi. Malah Lautaro turut berjaya bergandingan dengan baik bersama Romelu Lukaku.

Beberapa hari lalu, Inter Milan mengesahkan penjualan Mauro Icardi selepas cemerlang ketika tempoh pinjaman di Paris St Germain.

Baca juga perkembangan lain

Maradona Pelik Kontraknya Tak Diperbaharui Selepas Segala Pengorbanan Diberikannya

5 Klausa Pelik Pada Kontrak Pemain, Mungkin Ini Sebab Chamberlain Selalu Masuk Minit Ke-71

TERKINI: United Capai Kesepakatan Dengan Shanghai Shenhua