Kelab Ligue 1, Olympique de Marseille semalam mengumumkan bekas presiden kelab tersebut, Pape Diouf telah meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat dijangkiti wabak COVID-19.

Diouf yang dilahirkan di Senegal mempunyai kerakyatan Perancis dan pernah memimpin Olympique Marseille pada tahun 2005 hingga 2009. Sepanjang menjadi Presiden kelab itu, Olympique Marseille telah meraih gelaran naib juara Ligue 1 sebanyak dua kali dan mara ke final Piala Perancis.

Beliau juga terlibat dibelakang tadbir membantu kelab tersebut menamatkan penantian panjang dengan meraih kejuaraan Ligue 1 pada tahun 2010 meskipun tidak menjadi presiden.

“Dengan rasa dukacita, Olympique de Marseille mengumumkan Pape Diouf telah meninggal dunia. Pape akan kekal di hati para warga Marseille selama-lamanya dan merupakan seorang pemimpin yang paling hebat dalam sejarah kelab.

“Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya,” tulis kenyataan rasmi Olympique Marseille di laman twitter.

Pada minggu lalu, Diouf telah dimasukkan ke hospital di Senegal selepas didapati positif wabak pandemik itu lalu menjadi kematian yang pertama akibat COVID-19 di negara tersebut.

https://twitter.com/MrJHoban/status/1245260346610397184

Bagaimanapun, beliau sepatutnya berlepas ke Nice pada hari selasa lepas untuk mendapatkan rawatan di Perancis namun kemerosotan tahap kesihatannya tidak membenarkannya menaiki kapal terbang.

“Pape Diouf akan sentiasa diingati sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, tampan dan ghairah,” kata badan pengendali Liga Perancis, LFP dalam satu kenyataan.

“LFP memanjangkan ucapan takziah kepada keluarganya, orang tersayang dan Olympique de Marseille dan ia merupakan kehilangan besar untuk bola sepak Perancis.” tambahnya.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia yang telah disediakan melalui pautan dibawah.Β 

Xavi Mahu Kembali Ke Barcelona, Sedia Tandatangani Neymar Dan Jadon Sancho

Diskriminasi, Cemburu & Penindasan Pun Tak Mampu Halang Zlatan Ibrahimovic

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”