Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau menjadi satu-satunya pemain dari rantau Asia Tenggara yang beraksi dalam saingan Eredivisie musim ini.

Namun, beliau sedikit bergelut untuk beraksi bersama skuad utama dimana Van Hau banyak terlibat dengan skuad B-22 tahun Heerenveen dan hanya dua kali membuat penampilan pasukan utama, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.

Eredivisie

Doan Van Hau

Bekas penyerang skuad kebangsaan Vietnam, Mac Hong Quan berpendapat saingan Divisyen pertama liga Belanda terlalu berat untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Menurut Hong Quan, Van Hau sepatutnya memilih saingan liga yang tidak terlalu tinggi seperti Eredivisie sebagai permulaan karier beliau di Eropah.

“Jika Van Hau memilih liga yang tidak terlalu kompetitif seperti Eredivisie serta beraksi bersama pasukan bawahan, maka kedudukan beliau bersama Heerenveen tentu lebih baik sekarang.

Eredivisie

Sumber Gambar: VietnamNet

“Van Hau merupakan pemain terbaik yang dimiliki oleh Vietnam. Namun, apa yang menjadi masalah ialah perbezaan ketara antara Eredivisie dan liga Vietnam itu sendiri. Satu perbezaan yang sangat jauh,” kata Hong Quan yang pernah beraksi di Republik Czech.

Van Hau menyertai Heerenveen daripada Hanoi FC secara pinjaman pada musim 2019 lalu.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Eredivisie: SC Heerenveen Terus Bergelut, Doan Van Hau Sukar Tembusi Kesebelasan Utama

Doan Van Hau Bergelut Dapatkan Minit Bermain Bersama SC Heerenveen

AFC B-23: SC Heerenveen Tolak Rayuan Park Hang Seo Untuk Menggunakan Khidmat Doan Van Hau

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group