Penyerang skuad bawah 18 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menampilkan persembahan cemerlang dalam kejohanan Piala AFF B-18 Tahun yang berakhir semalam dimana skuad Harimau Malaya muncul sebagai naib juara setelah tewas kepada Australia dengan keputusan 1-0 di pentas akhir.

Prestasi yang ditampilkan oleh Luqman nyata menarik perhatian ramai pihak termasuk bekas penyerang skuad B-23 tahun negara, Izzaq Faris Ramlan. Izzaq yang pernah membantu Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010 serta meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA pada tahun berikutnya memberikan sedikit nasihat kepada penyerang muda negara itu.

Izzaq Faris
Ramlan Iwwaq Faris (R) of Malaysia celebrates with his team mates after scoring a goal against Thailand during their qualication match for the upcoming South East Asian Games in Jakarta on November 9, 2011. Malaysia defeated Thailand 2-1. AFP PHOTO / ADEK BERRY (Photo credit should read ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

Dalam satu komen di laman media sosial Facebook, Izzaq berkata: “Saya berharap dia boleh menjaga kecergasan dengan baik dan saya doakan beliau tidak ditimpa kecederaan yang berulang terutamanya ACL. Selamat maju jaya Luqman.

Izzaq merupakan salah seorang pemain yang menjadi harapan utama pasukan negara untuk mengisi bahagian serangan selepas beliau berjaya beraksi bersama skuad senior dan memenangi pelbagai kejuaraan pada usia yang muda. Namun, kecederaan lutut yang dialami nyata membantutkan perjalanan Izzaq bersama pasukan kebangsaan.

Izzaq Faris Ramlan
Izzaq bersama Terengganu City FC

Selain itu, akibat daripada kecederaan yang dialami, Izzaq juga tidak berjaya untuk menampilkan aksi terbaik di peringkat kelab dimana beliau kerap memanaskan bangku simpanan serta berehat panjang untuk pulih daripada kecederaan.

Apa yang pasti, perjalanan Luqman Hakim masih lagi panjang dan beliau perlu memastikan tahap kecedergasannya berada di tahap terbaik bagi membolehkan pemain berusia 17 tahun ini menampilkan aksi terbaik.

Dalam masa terdekat, Luqman akan menjalani ujian bersama Cerezo Osaka dan beliau perlu memanfaatkan peluang ini dengan baik untuk memperoleh tempat dalam pasukan akademi Cerezo.