Bekas penyerang kelab Liga 1 Indonesia, Persebaya Surabaya iaitu David Da Silva sah menyertai Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Da Silva bakal menggantikan Dominique Da Sylva yang tidak diberikan kontrak lanjutan.

Da Silva menjadi antara salah satu penyerang terbaik di liga Indonesia dimana beliau menampilkan prestasi memberangsangkan ketika beraksi bersama Persebaya.

Kali pertama Da Silva menyarung jersi Persebaya ialah pada musim 2018 dimana beliau menjaringkan 20 gol di Liga 1 dan membantu pasukan itu menamatkan saingan liga di tangga kelima.

Pada musim 2019, David Da Silva menyertai kelab Korea Selatan, Pohang Steelers dimana beliau beraksi sehingga pertengahan musim dan kembali ke Persebaya bagi baki musim 2019.

David Da Silva
David da Silva. (Foto: Persebaya.id).

Musim kedua bersama kelab dari kota Surabaya itu boleh dianggap cemerlang dimana beliau menjaringkan 14 gol dalam saingan liga sekaligus membantu pasukan menamatkan saingan di tangga kedua.

Sebelum ini, Terengganu telah menandatangani beberapa pemain import antaranya Petrus Shitembi, Christopher Herd dan Masaki Watanabe.

Seorang lagi pemain Persebaya, Makan Konate turut dikaitkan dengan skuad kendalian Nafuzi Zain itu. Konate sebelum ini pernah beraksi bersama T-Team FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

RASMI: Bekas Pemain Aston Villa, Chris Herd Perkuat Benteng Pertahanan Terengganu FC

Terengganu FC Lantik Bekas Juara Judo Bosnia Sebagai Jurulatih Kecergasan

Pemain Tengah Namibia, Petrus Shitembi Sah Sertai Terengganu FC