Bekas penyerang sensasi pasukan Melaka United, Ilija Spasojevic dilaporkan bakal menyertai skuad Sukan SEA Indonesia sebagai salah seorang pemain kuota lebih umur yang akan diadakan di Filipina tidak lama lagi.

PSSI kelihat terdesak untuk memanggil penyerang Bali United itu memperkuatkan pasukan apabila 2 pemain yang sedang dalam kem latihan mengalami kecederaan dan pasti tidak dapat pulih sebelum acara tersebut berlangsung.

Pihak pengurusan Bali United difahamkan sudah dimaklumkan dan tidak mempunyai masalah untuk melepaskan Illija Spasojevic menyertai skuad bimbingan Indra Sjafri itu.

bali_united-169

Sebelum ini, PSSI sudah memanggil 5 pemain senior menyertai latihan sebagai calon kuota pemain lebih umur namun hanya 3 orang sahaja yang hadir iaitu Evan Dimas, Zulfiandi dan Hansamu Yama.

Walaupun begitu, pihak PSSI berdepan satu masalah yang agak besar kerana nama Ilija Spasojevic tidak berada dalam senarai 40 pemain yang didaftarkan. Mereka sedang berusaha keras serta berkomunikasi dengan Jawatankuasa Olimpik Indonesia untuk memasukkan nama pemain itu dengan menggunakan alasan kecederaan pemain lain.

Dalam acara bola sepak Sukan SEA 2019, pasukan Indonesia telah diundi dalam kumpulan B yang boleh dikatakan sebagai kumpulan maut berbanding kumpulan A yang dilihat lebih seimbang.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda.

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Pemain Kacukan Malaysia-Filipina Berusia 17 Tahun, Tandatangan Kontrak Profesional Bersama Global Makati FC

Sumber