Penyerang prolifik Croatia, Mario Mandzukic telah membuat keputusan untuk meninggalkan Juventus dan menyertai kelab dari Liga Qatar, Al Duhail. Sebelum ini, beliau juga mendapat tawaran daripada kelab Liga Amerika (Major League Soccer) iaitu Los Angeles (LA) FC dan turut diburu oleh Manchester United namun memilih untuk berhijrah ke Asia.

Al Duhail kini merupakan pendahulu Liga Qatar musim ini dengan 29 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Mandzukic yang pernah beraksi dengan kelab Bayern Munich jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Juventus musim ini apabila berdepan persaingan yang hebat di posisi serangan dengan deretan nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Federico Bernardeschi, Paulo Dybala, dan Gonzalo Higuain.

Tanda-tanda perpisahan juga dapat dilihat apabila Mandzukic tidak disenaraikan dalam skuad Liga Juara-Juara Eropah 2019/2020 sejak bulan lalu. Malah, beliau juga sering disisihkan daripada skuad Juventus dalam beberapa perlawanan Liga Serie A.

Laporan daripada media Itali turut mengesahkan Manduzic telah menolak tawaran lumayan daripada Los Angeles (LA) FC untuk menuju ke Qatar berdasarkan kenyataan daripada Pengarah Juventus, Fabio Paratici.

Penyerang berusia 33 tahun itu adalah sebahagian daripada anggota skuad Piala Dunia Croatia yang mara sehingga ke perlawanan akhir pada tahun lalu. Beliau yang beraksi bersama Juventus sejak tahun 2015, telah menjaringkan 33 gol daripada 89 penampilan bersama Croatia.

Sepanjang bersama skuad Old Lady, Mandzukic sering diletakkan sebagai ‘target man’. Beliau juga pernah dijadikan sebagai penyerang kedua dan juga kadangkala sebagai penyerang utama dalam sistem 3-4-3.

1168965989.jpg.0

Seorang penyerang kedua selalunya perlu lincah dan laju. Semua kemampuan itu tidak ada pada Mandzukic. Namun Mandzukic tetap berjaya memainkan peranan itu dengan baik dengan cara beliau tersendiri sehingga mula dipuja oleh penyokong setia Juventus.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Qatar. Klik pautan dibawah. 

Berizzo Selar Penyertaan Qatar Dan Jepun Dalam Saingan Copa America 2019

Qatar Tersingkir Dari Saingan Copa America 2019

Gaji RM234 Juta Setahun Untuk Zidane Sebagai Jurulatih Baharu Qatar FA