Perpindahan pemain sayap negara, Safawi Rasid ke kelab Liga Primeira Portugal, Portimonense SC nyata menimbulkan rasa bangga dalam diri Ivica Vranješ, seorang bekas penolong jurulatih T-Team atau yang kini dikenali sebagai Terengganu FC II.

Menerusi laman Facebook beliau, Ivica menceritakan awal mula bakat Safawi dikesan oleh ketua jurulatih ketika itu, Tomislav Steinbrückner yang memanggil Safawi untuk beraksi bersama skuad utama setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad Piala Presiden.

“Tiada apa yang lebih indah apabila kebahagiaan seseorang juga memberikan kegembiraan kepada anda. Lima tahun lalu, seorang pemain muda berusia 17 tahun yang berbakat serta sentiasa bekerja keras beraksi untuk pasukan T-Team di divisyen kedua Liga Malaysia.

“Saya berpendapat beliau tidak mampu untuk beraksi di skuad utama kerana terlalu merendah diri dan pendiam. Namun, rakan sekerja, Tomislav Steinbrückner percaya dengan pemain ini dan memberikan tempat untuk beliau beraksi seterusnya menggilap pemain ini menjadi antara yang terbaik dalam negara.

Portugal
Sumber Gambar: Goal.com

“Kami berdua pergi namun hubungan masih dijaga. Budak muda ini tumbuh menjadi seorang lelaki, berhijrah ke salah satu kelab terbaik, Johor Darul Ta’zim. Bagi kami, satu perkara biasa apabila pemain berhijrah ke Portimonense. Tetapi untuk Safawi, ianya satu pencapaian yang menakjubkan,” kata Ivica.

Safawi dijangka menjalani kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu sebelum menyertai rakan sepasukan dalam sesi latihan skuad kendalian Paulo Sergio itu.

Baca artikel lain mengenai Safawi Rasid di sini:

Pesaing Safawi Rasid Bagi Posisi Pemain Sayap Di Portimonense

Selepas Lakukan 101 Penampilan Dan 47 Gol Untuk JDT, Safawi Rasid Berlepas Ke Portugal Malam Ini.

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’