Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) telah mengenalpasti tiga calon jurulatih yang baharu menggantikan tempat Ivan Jovanovic yang dipecat pada beberapa hari lepas walaupun baru dilantik pada bulan Disember 2019.

Jovanovic tidak sempat mengendalikan skuad UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia dan Indonesia pada bulan lepas kerana ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19.

Antara calon jurulatih tersebut ialah bekas pengendali Boca Junior, Rodolfo Arruabarrena yang kini merupakan jurulatih kelab Liga Pro UAE, Shabab Al Ahli dan bekas pengurus Dinamo Zagreb dan Al Ain, Zoran Mamic dari Croatia.

Satu lagi calon merupakan jurulatih tempatan iaitu Mahdi Ali yang pernah membawa UAE raih tempat ketiga dalam Piala Asia pada tahun 2015 dan pingat perak Sukan Asia 2010.

uae-national-team-coach-‘captain-mahdi-ali’-film-puts-spotlight-sports-and-patriotism-934
Mahdi Ali

Arruabarrena mempunyai rekod baik dalam karier jurulatihnya kerana pernah membawa Boca Junior muncul sebagai juara Superliga Argentina pada tahun 2015 dan Copa Argentina pada musim 2014/2015.

Selepas 6 tahun melatih kelab Argentina, beliau berhijrah ke Asia pada tahun 2016 untuk membimbing kelab Qatar, Al Rayyan dan Shabab Al Ahli serta membantu mereka meraih pelbagai kejuaraan antaranya Piala Sheikh Jassim, Piala Presiden UAE dan Liga Pro UAE.

Mamic juga sangat mengenali bola sepak UAE kerana beliau mempunyai pengalaman membimbing kelab Al Ain pada tahun 2017 hingga 2019. Beliau juga pernah membawa Al Ain mencipta sejarah baharu dalam bola sepak UAE sebagai naib juara Piala Dunia kelab pada tahun 2018.

la_historia_negra_de_zoran_mamic_que_salpica_a_modric
Zoran Mamic

UAE FA kini terdesak untuk memilih barisan jurulatih yang terbaik bagi mencapai sasaran untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, UAE berada di kedudukan keempat kumpulan G dengan 6 mata selepas mengharungi 4 perlawanan.

Prestasi mereka ketika dibawah bimbingan Van Marwijk tidak begitu memuaskan apabila tewas kepada dua pasukan Asean, Vietnam dan Thailand.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak UAE yang dilaporkan sebelum ini.

Belum Sempat Bertemu Malaysia, UAE Pecat Jurulatih Buat Kali Kedua

Abdulaziz Al Anbari Bakal Jurulatih Baharu UAE Tetapi Sharjah FC Menafikannya

Prestasi Buruk Tewas 4 Dari 5 Perlawanan Terakhir, UAE Pecat Ketua Jurulatih Bert Van Marwijk

Sumber