Bekas pemain skuad kebangsaan Thailand yang berusia 55 tahun, Apichad Thaveechalermdit membuat kejutan apabila menyertai ujian fizikal untuk melayakkan beliau beraksi dalam Liga Thailand musim ini.

Apichart yang beraksi di posisi tengah berharap dapat kembali beraksi dengan pasukan tempat kelahirannya, Surat Thani City FC dalam liga divisyen 3 dan membantu kelab itu naik ke saingan divisyen 2 pada musim depan.

Beliau juga bukan calang-calang pemain kerana mempunyai pengalaman luas dan pernah memenangi pelbagai kejuaraan ketika zaman muda termasuk juara liga Thai 1 bersama kelab Bangkok Bank FC.

Selain itu, Apichart pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand bersama dua lagenda, Kiatisuk Senamuang dan Piyapong Pue-On pada tahun 1989 hingga 1996 serta membantu pasukan itu meraih gelaran juara Piala Tiger dan pingat emas Sukan SEA.

Kejayaan paling tinggi yang diraih oleh beliau ialah membantu Thailand meraih kedudukan ke 4 dalam acara bola sepak Sukan Asia 1998.

Jika beliau lulus dalam ujian kecergasan dan dibenarkan beraksi oleh badan pengendali liga, Apichart akan menjadi pemain yang paling tua dalam Liga Thailand dan juga paling tua di Asia selain pemain Yokohama FC dari Jepun, Kazuyoshi Miura.

Pemain lagenda Jepun yang berusia 53 tahun itu mencipta rekod sebagai pemain paling tua dalam saingan J1 League pada bulan Februari lepas .

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Yokohama FC Layak Ke J1 League 2020, Kazuyoshi Miura Bakal Cipta Rekod Sebagai Pemain Paling Tua

11 Kelab ‘Dibuang’ Daripada Liga Profesional China Kerana Masalah Kewangan

4 Kelab Mahu Liga Profesional Iran Dibatalkan, Ugut Tarik Diri Jika Diteruskan