Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Hajime Hosogai meninggalkan kelab gergasi Thai League 1, Buriram United bagi menyertai seteru utama pasukan tersebut iaitu Bangkok United bagi saingan musim 2020.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak Bangkok United menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi kelab pada semalam.

Hosogai, yang pernah beraksi dalam saingan Bundesliga bersama VfB Stuttgart menyertai Buriram pada Disember 2018 dimana sebelumnya beliau menyarung jersi Kashiwa Reysol yang beraksi di saingan Liga Jepun.

Namun, Hajime Hosogai gagal membantu Buriram untuk mengekalkan kejuaraan Thai League 1 yang dimenangi pada musim 2018 lalu apabila kelab itu menamatkan saingan Liga di tangga kedua di belakang pasukan juara, Chiangrai United.

Hajime Hosogai
BANGKOK, THAILAND – FEBRUARY 02: Hajime Hosogai #7 of Buriram United (R) after the Omsin Thailand Champions Cup match between Buriram United and Singha Chiangrai United at the Thai Army Sports Stadium on February 2, 2019 in Bangkok, Thailand. (Photo by Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images)

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan pemain pertama yang ditandatangani oleh Bangkok United dalam usaha mereka memenangi kejuaraan Liga pertama sejak 2006 lalu.

Pada masa yang sama, Bangkok mengumumkan Hosogai akan memakai jersi bernombor 7 yang mana sebelum ini dipakai oleh Tristan Do. Tristan akan memakai jersi bernombor 19 bermula saingan musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Thai League 1 di sini:

Chiangrai United Hanya Akan Lepaskan Ekanit Panya Ke Pasukan Luar Negara

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League

Newin Chidchob Jelaskan Sebab Kenapa Buriram United Tidak Guna Jersi ‘Branded’ Untuk Pasukan Mereka