Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain tengah TRW Kelantan, Mario Arqués sah menyertai kelab Australia, Newcastle Jets bagi menghadapi saingan musim 2021/2022.

Perkara ini diumumkan oleh Newcastle di laman media sosial rasmi pasukan dimana pengurus kelab, Arthur Papas menyambut baik kehadiran bekas pemain Villarreal dan Valencia itu.

“Saya mengenali Mario Arqués sejak dia beraksi dalam saingan Indian Super League (ISL). Dia seorang pemain yang elegan yang sentiasa mahu memegang bola di kaki, mempunyai kemahiran untuk menentukan tempo permainan dan mempunyai kelebihan dari segi bola mati. Kami menyambut baik kehadiran beliau,” kata Papas.

Mario pula berasa teruja kerana dapat menyertai Newcastle dan beliau berazam untuk menampilkan prestasi terbaik bersama pasukan baharunya dalam saingan A-League musim 2021/2022 yang akan bermula pada 19 November ini.

“Saya teruja kerana dapat bergelar pemain Newcastle dan bersedia untuk memberikan segalanya bagi saingan musim baharu nanti. Saya bersyukur kerana pihak kelab meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap saya dan saya bersedia untuk meningkatkan kualiti saya selain belajar dari Arthur serta rakan sepasukan yang lain.

“Sasaran saya ialah memberikan 110 peratus pada setiap perlawanan dan bekerja keras untuk memastikan pasukan ini berada di atas,” kata Mario.

Baru-baru ini, Kelantan mengumumkan bahawa kontrak Mario telah ditamatkan pada bulan ini selepas pemain itu mengalami kecederaan selain perlu pulang ke Sepanyol kerana ayahnya dijangkiti COVID-19.

Kehadiran Mario di Newcastle Jets bermakna beliau akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab itu dan kemudiannya menyertai kelab India, Odisha FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan bola sepak Asia di sini:

Youth Football Malaysia Senaraikan Enam Pemain Penting Bagi Skuad B-22 Tahun Negara

Harith Haiqal Tidak Sertai Skuad B-22 Negara Hadapi Kelayakan AFC B-23

TRW Kelantan Tamatkan Kontrak Mario Arques

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group