Bekas pemain skuad kebangsaan Thailand yang sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri selama sebulan, Sarawut Masuk telah kembali dan beliau meminta bantuan FA Thailand untuk menyelesaikan masalah hutang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FA Thailand, Sarawut mengakui punca utama beliau bersembunyi adalah kerana masalah kewangan dan mempunyai banyak hutang.

Namun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 itu menegaskan hutang yang dihadapi beliau bukan kerana judi bola sepak seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sarawut Masuk
Sumber Gambar: The Strait Times

Selain tertekan dengan masalah kewangan, Sarawut turut menjelaskan beliau menghilangkan diri kerana sebelumnya bercampur dengan individu yang menurut beliau positif COVID-19. Hasilnya, beliau bersembunyi bagi mengelakkan menjangkiti orang lain.

Presiden FAT, Somyot Phumpanmuang menghubungi Sarawut agar memunculkan diri setelah beredar laporan bekas pemain Muangthong United itu diugut bunuh oleh bookie bola sepak.

Sarawut Masuk
Sumber Gambar: Bangkok Post

Sarawut Masuk pernah dianggap sebagai pemain yang bakal menyinar bersama pasukan kebangsaan Thailand.

Selepas memenangi pingat emas Sukan SEA 2013, beliau kemudiannya menyertai Muangthong United dan kemudiannya Bangkok Glass (kini BG Pathum United).

Pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya berhijrah ke saingan Thai League 2 dengan menyertai Nongbua Pitchaya. Namun beliau dipecat setelah gagal untuk melaporkan diri bagi menghadapi saingan musim 2020.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Terlilit Utang Karena Judi Bola, Eks Pemain Timnas Thailand Ini Menghilang Dan Dapat Ancaman Pembunuhan

Teerasil Dangda Bakal Terlepas Peluang Pecahkan Rekod Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki

Piyapong: Suphanat Mueanta Lebih Bagus Dari Teerasil Dangda, Wajib Dalam Kesebelasan Utama Thailand