Bekas pemain pasukan Terengganu FC masih lagi menanti baki tunggakan gaji yang telah dijanjikan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebelum mereka dilepaskan pada November lalu.

PBSNT sebelum ini telah berjanji mereka akan membayar gaji pemain yang dilepaskan sebanyak dua kali. Bayaran pertama telah dilakukan dimana pemain menerima 40 peratus daripada gaji yang telah dipersetujui.

Bekas Pemain
Sumber Gambar: Terengganu FC

Kini, 12 pemain tersebut merayu kepada PBSNT agar mereka melunaskan baki tunggakan sebanyak 60 peratus terutama kepada pemain yang sehingga kini masih belum menemui pasukan baharu.

Antara pemain yang bersuara mengenai isu baki tunggakan gaji yang lambat dibayar adalah Syamim Yahya. Menerusi laman media sosial Facebook beliau, Syamim memuat naik gambar seolah-olah menyindir PBSNT kerana gagal mengotakan janji.

Syamim merupakan salah seorang daripada 12 pemain yang dilepaskan oleh PBSNT menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Pemain lain yang tidak disambung kontraknya ialah Khairu Azrin Khazali, Shahrul Aizat, Malik Mat Arif, Azraie Wan Teh, Adib Aizuddin, Hasni Zaidi, Kipre Tchetche dan Khairul Anwar.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Terengganu FC Umum Babacar Diallo Sebagai Tonggak Pertahanan Baharu

Penjaring Terbanyak Liga Filipina 2019 Jordan Mintah, Penyerang Import Terbaru Pasukan Terengganu FC II?

Terengganu FC II Sambar Khidmat Argzim Redzovic