Bekas pemain sayap skuad kebangsaan Thailand, Anawin Jujeen mendedahkan beberapa pasukan dari Malaysia yang beraksi dalam saingan Liga Super telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya bagi mengisi kuota pemain import Asia Tenggara musim depan.

Bagaimanapun, nama pasukan Liga Super tersebut tidak didedahkan dan pemain yang berusia 32 tahun itu belum pasti menerima tawaran tersebut. Beliau kemungkinan akan terus kekal beraksi dalam Liga Thailand menurut kenyataan daripada salah satu laman twitter peminat bola sepak negara itu.

Anawin kini tidak mewakili mana-mana kelab selepas dilepaskan oleh PTT Rayong kerana kontraknya sudah tamat. Beliau sebelum ini pernah beraksi bersama kelab gergasi Liga Thailand, Buriram United selama 4 tahun pada tahun 2013 hingga 2016.

Ketika bersama Buriram, beliau melakukan penampilan pertama dalam saingan AFC Champions League menentang kelab Jepun, Vegalta Sendai. Berdasarkan rekodnya bersama 4 kelab Liga Thailand, beliau telah menjaringkan 31 gol dalam lebih 100 penampilan.

Namun begitu, sehingga kini Anawin jarang dipanggil menyertai skuad kebangsaan Thailand selepas kali terakhir menyarung jersi negaranya ialah pada tahun 2014.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Thailand yang mungkin anda terlepas pandang.

Liga Thailand Buat Kemunculan Kedua Dalam Siri Permainan Video PES 2020

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa

Hassan Sunny: Liga Thailand Destinasi Impian Pemain Asia Tenggara