Bekas pemain import Selangor, Oliver Buff menjaringkan gol buat pasukannya, FK Žalgiris dalam aksi kelayakan pusingan pertama saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim 2022/2023.

Zalgiris merupakan juara liga divisyen pertama Lithuania musim lalu turun menentang wakil Liga Kosovo, Balkani pada saingan kelayakan pusingan pertama di laman lawan dan Oliver Buff berjaya menjaringkan satu gol buat pasukannya sekaligus perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Buff beraksi selama satu musim bersama Selangor dalam saingan Liga Malaysia musim lalu namun beliau gagal untuk memberikan impak besar bersama pasukan dari Lembah Klang itu.

Meskipun pada awalnya Buff menampilkan aksi yang baik dengan menjaringkan beberapa gol dalam saingan Liga Super, namun bekas pemain FC Zurich dan Real Zaragoza itu gagal untuk tampil konsisten dan Selangor terus kemarau dalam memenangi kejuaraan liga domestik.

Baru-baru ini, Selangor tewas kepada Melaka United dengan keputusan 2-0 dan kekalahan ini nyata membangkitkan kemarahan peminat dimana mereka mahu pengurusan pasukan untuk segera melakukan perubahan bagi memastikan pasukan kembali mencatat kemenangan dalam saingan liga.

Rata-rata peminat mahu ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner untuk digantikan dengan jurulatih lain kerana pengendali dari Jerman itu dianggap gagal untuk menguruskan pasukan dengan baik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan lain mengenai saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

MFL Kaji Cadangan Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang

Pasukan Perubatan Melaka Raih Pujian, Pulihkan Kecederaan Hamstring Ifedayo Dalam Masa Singkat

Ifedayo ‘Tibai’ Selangor 2-0 Selepas Pulih Daripada Kecederaan Hamstring