Bekas pemain pertahanan kelab Bundesliga, Schalke 04 iaitu Atsuto Uchida mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak profesional pada usia 32 tahun.

Uchida mengambil keputusan tersebut setelah kontrak bersama kelab J. League, Kashima Antlers tamat di mana beliau beraksi buat kali terakhir pada perlawanan menentang Gamba Osaka semalam.

Uchida memulakan karier bersama Kashima dimana beliau membantu kelab itu memenangi saingan J1 tiga musim berturut-turut sebelum beraksi bersama Schalke selama tujuh musim, bermula musim 2010 hingga 2017.

Atsuto Uchida
Sumber Gambar: Kyodo News

Tiga musim pertama merupakan tempoh terbaik Uchida bersama Schalke dimana beliau sentiasa menjadi pilihan untuk mengisi kesebelasan utama. Namun, kecederaan lutut yang dialami pada Jun 2015 merencatkan prestasi pemain kelahiran Shizuoka ini, mengakibatkan beliau kehilangan tempat kepada pemain lain.

Pada musim 2017, Atsuto Uchida menyertai Union Berlin namun beliau hanya membuat dua penampilan sahaja bersama kelab itu. Pemain ini kemudiannya kembali ke pangkuan Kashima namun beliau kerap bergelut dengan kecederaan hamstring.

Pemain yang mempunyai 74 penampilan bersama Jepun, termasuk dalam temasya Piala Dunia 2014 mengambil keputusan untuk bersara kerana gagal untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun di sini:

Jun Nishikawa Bakal Disambar Lille OSC Pada Harga RM12.5 Juta, Tahun Pertama Dipinjamkan Ke Liga Belgium

Takefusa Kubo Sertai Villarreal Secara Pinjaman, Bakal Isi ‘Lompong’ Yang Ditinggalkan Santi Cazorla

‘King Kazu’ Pecah Rekod Lagi, Muncul Pemain Paling Tua Dalam Piala Liga Jepun