Bekas penyerang import pasukan Sabah, Sam Johnson berhijrah ke Eropah dengan menyertai kelab Sweden, Mjällby AIF yang beraksi di liga divisyen utama.

Perkara ini diumumkan oleh Mjällby menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Sam bakal menjadi penggempur utama bagi memastikan mereka tidak berada di zon penyingkiran.

Johnson menyertai Sabah setelah beraksi bersama kelab Major League Soccer (MLS) dari musim 2019 hingga 2020. Pemain skuad kebangsaan Liberia itu mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak pada Oktober 2020.

Sepanjang menyarung jersi Sabah, Johnson beraksi sebanyak 10 perlawanan Liga Super dan hanya mampu menyumbang sebanyak dua jaringan.

Catatan yang kurang cemerlang ini menyebabkan Sabah menggantikan ketua pasukan skuad kebangsaan Liberia itu dengan pemain import lain pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Dalam saingan liga Sweden, Mjällby ketika ini menduduki tangga ke-15 setelah menghadapi 13 perlawanan dengan kutipan sembilan mata hasil daripada dua menang, tiga seri dan lapan kekalahan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Undian Rasmi Piala Suzuki AFF 2020 Ditunda

Kelab Arab Saudi, Al Hilal Dapatkan Khidmat Matheus Pereira

Bekas Presiden Perlis FA Disahkan Meninggal Dunia