Bekas pemain bintang kelab Indonesia, Persib Bandung iaitu Michael Essien menyertai staf kejurulatihan kelab Denmark, FC Nordsjaelland bagi menghadapi musim 2020/2021.

Essien yang pernah beraksi bersama beberapa kelab besar seperti Chelsea, Real Madrid dan AC Milan sebelum datang ke Indonesia menyertai Nordsjaelland dalam usaha untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan beliau menjadi pengurus atau ketua jurulatih.

“Saya kini menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan FC Nordsjaelland. Saya gembira menyertai kelab ini sekaligus mahu mendapatkan lesen kejurulatihan. Saya juga akan memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik, di dalam mahupun luar padang,” kata bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Michael Essien akan membantu pengurus pasukan, Flemming Pedersen dimana Essien ditugaskan untuk menjadi orang kanan Flemming ketika sesi latihan bersama pemain.

Dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas pemain skuad kebangsaan Ghana itu, barisan pemain Nordsjaelland boleh menimba ilmu bagi memantapkan prestasi mereka.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:

Shin Tae-yong Ungkap Nama Pemain Yang Sempat Pingsan Di Sesi Latihan Timnas Indonesia U-19

Skuad Indonesia B-19 Jadi Mangsa Belasahan Croatia Di Eropah

Jawaban Pemain Wolverhampton Wanderers U-18, Justin Hubner, Soal Peluang Bela Timnas Indonesia