Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Pahang, R. Gopinathan disahkan telah memeluk agama islam pada hari ini. Dengan melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang, beliau kini bergelar sebagai seorang mualaf.

Menurut sumber, beliau juga akan menggunakan nama baharu islam iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra. Gopi dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu islam dalam masa terdekat.

Musim ini, Gopi beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang. Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad skuad Harimau Selatan pada tahun 2017.

Bagaimanapun, pemain sayap prolifik itu kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama JDT dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawanan Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

WhatsApp Image 2019-10-09 at 12.52.16 PM

FOTO: Sumber Whatsapp

Namun, belum dapat dipastikan kemanakah hala tuju beliau pada musim depan. Gopi turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Piala Malaysia 2019: Tiket ‘Online’ Kedah Menentang Pahang Sudah Habis Dijual

Dollah Puas Hati Pahang Teruskan Rentak Kemenangan

Gelaran Naib Juara Liga Super 2019 Jadi Milik Pahang

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group