Bekas pemain sayap Liverpool, Harry Kewell dilantik sebagai pengurus baharu kelab yang beraksi dalam saingan divisyen keempat liga bola sepak England, EFL League Two iaitu Oldham Athletic.

Kewell dilantik bagi menggantikan Dino Maamria yang dipecat susulan Oldham menghuni tangga ke-19 dalam saingan League Two musim ini.

Dengan pelantikan pengurus berusia 40 tahun itu, beliau mengikut jejak langkah bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes yang pernah membimbing kelab tersebut selama 31 hari pada tahun lalu.

“Saya teruja dengan projek ini. Jangan salah faham, ianya memerlukan masa kerana kelab ini perlukan keseimbangan. Jika kita dapat mencapai perkara itu, maka kita akan melihat perkembangan.

“Kita perlu memperkasa perkara asas dan kini kami memulakan satu lembaran baharu. Saya berpendapat penyokong, pemilik dan semua pihak mahu melihat kelab ini bergerak maju,” kata Kewell.

Harry Kewell beraksi bersama Liverpool selama lima musim dimana beliau membuat 93 penampilan dan menjaringkan 12 gol.

Musim paling diingati bagi Kewell ialah pada 2004/2005 apabila beliau membantu The Reds memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan AC Milan di pentas akhir.

Baca artikel lain mengenai Liverpool yang telah kami sediakan di sini:

Amanda Staveley Salahkan Liverpool, Spurs Antara 10 Kelab Menentang Pemilikan Saudi Di Newcastle

Guardiola Akui Cemburu Dengan Semangat Liverpool, Dan Tumpang Gembira Dengan Kejayaan Klopp

Arsenal Tamatkan Aspirasi 100 Mata Liverpool