Kelab gergasi Thailand, Buriram United dilaporkan berminat untuk menandatangani bekas penyerang England dan Liverpool, Daniel Sturridge bagi menghadapi saingan Thai League 1 pada musim ini.

Menurut laporan daripada SMMSPORT, beberapa media Thailand mula menyiarkan khabar angin mengenai perpindahan pemain itu yang kini telah menjadi bualan para peminat bola sepak di Asia.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Buriram United dan pegawai kelab tersebut enggan mengulas lanjut mengenai usaha mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Sturridge kini berstatus ‘free agent’ sejak bulan Mac lepas setelah kontraknya dengan kelab dari Turki, Trabzonspor dibatalkan atas persetujuan bersama. Beliau sempat beraksi dalam 16 perlawanan dan menjaringkan 7 gol.

Pemain yang berusia 30 tahun itu pernah menjuarai UEFA Champions League sebanyak dua kali bersama Chelsea dan Liverpool. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi di Piala Dunia 2014 bersama skuad kebangsaan England.

Buriram United juga kini sedang mencari pemain import baharu selepas mereka menamatkan kontrak semua pemain import termasuk 2 tonggak utama iaitu Andres Tunez dan Jong Jae-Yong pada bulan lepas.

Namun, sejak ketiadaan Diogo Luis Santo yang memilih untuk menyertai JDT pada tahun 2019, Buriram masih gagal mencari mesin pencetak gol berkualiti sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai kemasukan Daniel Sturridge.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan Buriram United yang pernah dilaporkan sebelum ini melalui pautan dibawah. 

Buriram United Mula ‘Buang’ Pemain, Bakal Tamatkan Kontrak Semua Pemain Import Musim 2020.

Buriram United Mula Agihkan 100,000 ‘Face Shield’ Dan ‘Mask’ Kepada Hospital Berhampiran

Buriram United Sanggup Bayar RM1.2 Juta Bawa Penjaga Gol U23 Vietnam, Miliki Ketinggian 1.86 Meter

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group