Bekas penyerang import Kuala Lumpur, Sylvano Comvalius kembali beraksi di Asia apabila menyertai kelab Liga Singapura, Geylang International.

Musim lalu, Sylvano beraksi bersama kelab Malta, Sliema Wanderers setelah meninggalkan Persipura Jayapura dimana beliau menjaringkan dua gol dalam sembilan perlawanan .

Sebelum menyertai Kuala Lumpur, pemain berusia 33 tahun ini merupakan mesin gol bersama kelab Indonesia, Bali United dimana beliau menjaringkan 37 gol dalam saingan Liga 1 Indonesia musim 2017.

Pada musim 2019, Sylvano menyertai skuad ibu kota namun beliau gagal untuk mengulangi prestasi cemerlang ketika bersama Bali dimana hanya mampu menjaringkan satu gol di pentas Liga Super.

Kuala Lumpur kemudiannya memutuskan untuk menggantikan Sylvano pada jendela perpindahan kedua dan pemain kelahiran Belanda itu menyertai satu lagi kelab Indonesia iaitu Arema FC.

Sylvano Comvalius
Sylvano Comvalius. Sumber Gambar: Arema FC

Geylang International akan beraksi di saingan AFC Cup musim ini setelah menamatkan saingan Liga Singapura di tangga keempat.

Mereka menandatangani Sylvano Comvalius sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan jentera serangan pasukan dan meningkatkan peluang untuk mara sejauh mungkin dalam kejohanan peringkat Asia itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

KL United: Bojan Tuntut Keinginan Tinggi Pemain Cipta Keputusan Positif

Genius Sports Setuju Lantik Jurustatistik Bertauliah Rekod Segala Statistik Pasukan Dan Pemain Liga Malaysia 2021

Tanda Penghargaan, TMJ ‘Belanja’ Penyokong JDT