Berita mengejutkan datang dari saingan A-League apabila bekas penyerang import pasukan Kedah, Ken Ilso Larsen digantung selama dua tahun kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis kokain.

Ujian yang dijalankan terhadap penyerang berusia 32 tahun itu mendapati beliau positif benzoylecgonine – sejenis bahan utama yang terdapat dalam kokain dan kini Larsen berada dalam siasatan oleh pihak berkuasa Anti-Doping Australia (ASADA).

Menurut Persatuan Bola Sepak Austraia (FFA), hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas Larsen merupakan perkara mandatori dibawah peraturan anti-doping negara itu.

Bekas
Ken Ilso Larsen

“Semasa menjalani penggantungan, En.Larsen tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam saingan A-League dan semua sukan yang mematuhi Badan Anti-Doping Dunia (WADA).

Ketua Pegawai Operasi Persatuan Pemain Profesional Australia (PFA), John Didulica pula berkata pihaknya akan membantu Ken Ilso untuk mengharungi saat-saat sukar ini.

“Ketika ini Ken Ilso sedang berhadapan dengan saat yang sukar dan penting untuk kami memberikan sokongan kepada beliau. Penting untuk kita ketahui bahawa Ken tidak mengambil bahan tersebut untuk meningkatkan prestasinya di atas padang.

“Beliau telah tersalah langkah sekaligus telah menerima hukuman yang sewajarnya. PFA akan terus bekerjasama dengan Ken dan rakan-rakan kami di Denmark bagi memastikan beliau dapat menempuhi waktu yang sukar ini,” kata John.

Bekas
Ken Ilso Larsen

Pada masa yang sama, pemain yang menjaringkan 15 gol untuk pasukan Kedah pada musim 2017 lalu itu enggan memberikan sebarang reaksi mengenai hukuman yang dikenakan terhadapnya.

“Selagi belum menerima keputusan penuh, saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Kepada para peminat, pastikan fokus anda diberikan kepada pasukan. Saat ini ialah waktu yang kritikal bagi pasukan dan mereka memerlukan sokongan anda,” ujarnya.

Ken menyertai Adelaide United sejak musim lalu selepas beraksi bersama pasukan Kedah selama satu musim. Beliau sempat beraksi bersama Pulau Pinang namun dalam tempoh masa singkat.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Pemain Import Kedah, Edgar Bernhadt Jaringkan Hatrik Ketika Kyrgyzstan Tewaskan Myanmar

Piala Malaysia 2019: Tiket ‘Online’ Kedah Menentang Pahang Sudah Habis Dijual