Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat bola sepak tempatan menerima perkhabaran yang mengejutkan hari ini apabila bekas pemain kebangsaan dan juga pengulas terkenal, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Johor Bharu.

Perkembangan itu disahkan oleh beberapa media tempatan di laman sosial hari ini.

Menurut sumber Astro Awani, mendiang yang berusia 61 tahun difahamkan mengalami sesak nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal bersama rakan-rakanya petang tadi.

Shebby cukup dikenali dalam kalangan peminat kerana kelantangannya memberi kritikan tentang prestasi skuad Harimau Malaya dan juga Liga Malaysia.

Beliau juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia berketurunan Punjabi dari 1978 hingga 1996 dan bekas kapten Kuala Lumpur F.A. Pernah membantu KL menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Malah, beliau juga pernah bermain menentang Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Newcastle. Selepas gantung but, Shebby juga sempat menjadi jurulatih untuk pasukan MyTeam, sebuah pasukan bola sepak realiti TV pada tahun 2006-2007 dan juga kelab Telekom Melaka. Pada tahun 2004, Shebby berada dalam jawatankuasa pengurusan bola sepak kebangsaan FAM.

Pada 19 Jun 2012, beliau dilantik sebagai Penasihat Global dan Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers F.C., sebuah kelab bola sepak terkemuka di Liga Inggeris / kelab divisyen satu England. Pelantikan beliau dilaporkan oleh akhbar ‘Daily Mail’ United Kingdom dan disahkan oleh pemilik kelab, Venky’s (India) Limited.

Sejak tahun lalu, Shebby banyak muncul sebagai penganalisis bola sepak di televisyen Asia Tenggara seperti Fox Sports dan pernah menjadi pengulas Liga Malaysia. Sudah pasti, ketiadaannya merupakan satu kehilangan besar dalam dunia bola sepak tempatan.

Mendiang Shebby meninggalkan isteri Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.

VOCKETFC ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang Serbegeth Singh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Syahrian Abimanyu Kembali Ke Liga Indonesia Sarung Jersi Persija Jakarta

Liga Belum Pun Bermula, Melaka United Kini Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Penyerang Berbisa Dari Serie A Bakal Sertai JDT?

Kedah Rancang Bina Pusat Latihan Sendiri Lengkap Dengan Hub Prestasi Sukan Dan Perubatan

Abang Kandung Anthony Martial Sah Sarung Jersi Sri Pahang

Scott O’Donell Bakal Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal Baharu FAM?

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Umbro Penaja Rasmi Jersi Terengganu Selama Dua Musim Dengan Nilai Tajaan RM1.8 Juta

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group