Masihkah anda ingat kelibat pemain tengah dari Argentina, Brian Ferreira yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2017?

Pemain yang berusia 26 tahun itu kini berkelana ke Liga Indonesia dan diumumkan telah melanjutkan kontrak dengan kelab Persela Lamongan untuk menghadapi saingan Liga 1 musim 2021.

Menurut pengurus Persela, Brian masih berada di Argentina dan tidak akan beraksi dalam pertandingan pra-musim iaitu Piala Menpora yang sedang berlangsung ketika ini.

“Brian sudah menandatangani kontrak dengan Persela tetapi dia hanya tampil untuk Liga 1 sahaja,” kata pengurus pasukan, Edy Yunan Achmadi.

Pada musim 2019, bekas pemain Argentina B-17 itu beraksi dengan kelab PSS Sleman dan telah menjaringkan 9 gol dalam 20 penampilan.

Ketika bersama JDT, Brian melakukan 11 penampilan iaitu 2 penampilan untuk kelayakan AFC Champions League (ACL), 3 penampilan untuk Piala AFC, 5 penampilan untuk Liga Super dan 1 penampilan dalam Piala FA.

Secara keseluruhan, beliau hanya menjaringkan dua gol termasuk ketika menentang Global FC dalam saingan Piala AFC. Brian mengumpul 728 minit perlawanan sebelum JDT mengumumkan telah menjual pemain itu ke kelab Liga Premier Ecuardo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Sanjar Shaakhmedov Sumbat Gol Penyamaan Untuk Ikat Juara 3 Kali AFC Champion League Al-Hilal SFC

30,000 Penyokong Bola Sepak China Hadir Ke Stadium Tanpa Penjarakan Fizikal

Teerasil Dangda Digugurkan Dari Senarai Pemain Skuad Thailand Ke UAE Akibat Kecederaan.