Bekas penyerang pasukan juara 6 kali Liga Super, JDT kini mula dikaitkan dengan perpindahan kembali ke saingan domestik Malaysia selepas tersebar rumours mengenai perkara itu di sosial media beberapa hari yang lalu.

Juan Martin Lucero, yang menyertai sebuah kelab di Mexico – Club Tijuana, dilaporkan telah diintai oleh 3 buah kelab untuk mendapatkan khidmatnya iaitu Elche CF dari La Liga 2, Atlético Vélez Sarsfield dari saingan divisyen 1 Argentina serta sebuah pasukan dari Malaysia yang tidak nyatakan secara spesifik.

Dalam kemaskini itu juga, Club Tijuana atau lebih dikenali sebagai Xolos mahu menjual Juan Martin Lucero selepas melabur untuk membawa beliau ke dalam pasukan pada musim 2017.

Musim panas 2019 menyaksikan Juan Martin Lucero menyertai kelab Defensa y Justica, sebuah kelab bola sepak dalam saingan divisyen 1 liga bola sepak Argentina secara pinjaman selepas berpindah dari Godoy Cruz Antonio, yang juga dipinjamkan dari Club Tijuana.

67640760_2850343901706311_7405921857792114688_o

Sebagai rekod, Juan Martin Lucero yang beraksi selama 1 musim bersama JDT telah berjaya merekodkan 37 penampilan dalam semua pertandingan dengan 2,900 minit masa bermain, menjaringkan 27 gol secara keseluruhannya.

Musim 2016 juga menyaksikan beliau menggondol 3 kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan juga Piala Sumbangsih, sebelum dilaporkan dibeli oleh Club Tijuana dengan harga sekitar RM11.5 juta.

Adakah pemain itu akan kembali ke pangkuan JDT semula atau ada pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmat beliau berdasarkan statistik dalam aksi domestik Malaysia, sama-sama kita tunggu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Eksklusif: Gus Cerro Berkongsi Kisah Azizul Kamaludin, Pahang FA Dan Negeri Sembilan Serta Pengalaman Indah Di Malaysia

Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand

Baca Bagaimana Kelab Divisyen 6 Jepun Ini Raih ‘Crowdfunding’ Berjumlah RM200,000 Dalam Masa 3 Hari Sahaja

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group