Nama Jorge Pereyra Diaz sememangnya bukan satu nama yang asing dalam saingan Liga Malaysia. Pemain dari Argentina ini pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membantu skuad Harimau Selatan itu memenangi beberapa kejuaraan domestik.

Setelah meninggalkan JDT secara mengejut pada awal musim 2018, Diaz beraksi di Liga Argentina musim lalu dan Liga Bolivia bagi musim 2019. Baru-baru ini, pemain berusia 29 tahun ini membantu Club Bolivar memenangi Torneo Apertura dalam saingan Bolivian Primera División.

Jorge Pereyra Diaz
Diaz bersama Bolivar.
Sumber Gambar: Los Tiempos

Diaz menjaringkan 11 gol sepanjang Torneo Apertura musim ini dan gandingan beliau bersama dua lagi pemain iaitu Juan Miguel Callejón Bueno (17 gol) dan Marcos Riquelme (13 gol) di bahagian serangan berjaya memberikan kejuaraan liga ke-23 di era profesional untuk Bolivar.

Untuk makluman, Liga Bolivia menggunakan format dua saingan dalam satu musim iaitu Torneo Apertura dan Torneo Clausura dimana pemenang akan layak beraksi dalam saingan Copa Libertadores. Torneo Apertura dilangsung pada bulan Januari hingga Mei. Liga kemudiannya akan berehat selama sebulan sebelum memasuki saingan Torneo Apertura yang berlangsung dari Julai hingga Disember.

Dalam saingan Torneo Apertura yang sedang berlangsung ketika ini, Jorge Pereyra Diaz telah menjaringkan 6 gol dan membantu Bolivar menduduki tangga kedua dibelakang Jorge Wilstermann.

Torneo Clausura
Torneo Clausura table

Bolivar tewas dengan keputusan 4-1 kepada CD San Jose pada perlawanan Torneo Apertura Isnin lalu dan akan meneruskan saingan apabila berdepan Aurora pada 26 Ogos ini.