Sarawak United terus mengumpulkan pemain berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia dimana baru-baru ini mereka sah menandatangani bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gabriel Guerra.

Sejurus menandatangani kontrak bersama Sarawak United, nama Guerra terus berada dalam matchday squad ketika skuad bimbingan E.Elavarasan itu menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Perdana pada 14 Mac lalu.

Sebelum mendapatkan khidmat Guerra, Sarawak United telah menandatangani tiga pemain import iaitu bekas pemain Selangor, Patrick Ronaldinho, pemain tengah, Milad Zanidpour Mansour, dan pemain pertahanan, Demerson Bruno Costa.

Ketika beraksi bersama JDT, Gabriel Guerra membantu skuad Harimau Selatan memenangi saingan Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2017 lalu.

Saingan Liga Malaysia musim ini dihentikan seketika kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara ketika ini.

Selain itu, Guerra juga pernah membantu PKNS FC mara ke perlawanan akhir Piala FA pada musim 2016, yang mana menyaksikan Red Ants tewas kepada JDT.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Penjaga Gol Sabah Ini Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak COVID-19

PJ City FC Sah Tandatangan Bekas Pemain Pertahanan Buriram United, Berpengalaman Dalam Aksi AFC Champions League

MFL Keluarkan Garis Panduan Kepada Pasukan Liga Malaysia, Pemain Asing Tidak Dibenarkan Keluar Negara