Teka-teki mengenai destinasi bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Aaron Niguez setelah meninggalkan skuad Harimau Selatan itu akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Sepanyol, Segunda Division iaitu Malaga CF.

Perkara ini disahkan oleh kelab tersebut menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dan Aaron dikhabarkan menandatangani kontrak sehingga penghujung tahun ini.

Sebelum saingan Liga Malaysia musim 2020 membuka tirai, Aaron Niguez dilihat bakal membuat penampilan semula bersama JDT dimana beliau mula menjalani latihan bersama skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

Namun, selang beberapa hari kemudian, abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez itu mengumumkan bahawa beliau kembali ke Sepanyol menerusi Instagram miliknya sekaligus meninggalkan pasukan itu.

Malaga ketika ini menghuni tangga ke-12 dalam saingan Segunda Division dan kehadiran Aaron dilihat mampu untuk membantu pasukan itu memperbaiki kedudukan.

Baca artikel lain mengenai Aaron Niguez di sini:

Aaron Niguez Kembali Perkuatkan Johor Darul Ta’zim

Aaron Niguez Tinggalkan Johor Darul Ta’zim?