Bekas pemain import pasukan Pahang, Matheus Alves sah menyertai pendatang baharu saingan Thai League 1, Police Tero FC sekaligus menjadi rakan sepasukan kepada pemain Malaysia, Dominic Tan.

Alves beraksi bersama skuad Tok Gajah pada musim 2017 lalu dimana beliau membantu pasukan tersebut mara ke perlawanan akhir Piala FA dimana mereka tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-2 serta menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.

Matheus Alves
KUANTAN 09 SEPTEMBER 2017. Pemain Pahang, Matheus Alves meraikan jaringan golnya pada saingan Piala Malaysia 2017 diantara Pahang dan T Team di Stadium Darul Makmur. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Meskipun beraksi hanya semusim, namun Matheus Alves mempunyai catatan jaringan yang baik khususnya dalam saingan liga dimana beliau menjaringkan 18 gol dan menduduki tempat kedua di belakang Mohammed Ghaddar yang menjadi penjaring terbanyak Liga Super dengan 23 gol pada musim tersebut.

Police Tero menjadi kelab ketiga Alves dalam saingan Thai League dimana sebelum ini beliau beraksi bersama Chonburi secara pinjaman dari Suwon Samsung Bluewings pada 2018 serta PT Prachuap pada saingan musim lalu.

Police menggunakan khidmat lima pemain import iaitu Kwon Dae-hee (ketua pasukan), Dominic Tan, Issac Honey, Simon Dia dan juga ALves bagi menghadapi saingan musim 2020.

Baca artikel lain mengenai Police Tero yang telah kami sediakan di sini:

Police Tero Berazam Kekal Dalam Saingan Thai League 1

Dominic Tan Sah Bakal Beraksi Dalam Saingan Thai League 1, Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama Police Tero FC

Dominic Tan Sertai Kelab Thai League 2, Police Tero FC