Bekas pemain import Felda United dari Jepun, Masaki Watanabe dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Masaki terlibat dalam salah satu perlawanan persahabatan ketika Kelantan turun menentang Petaling Jaya City FC di Stadium KLFA, Cheras semalam yang mana menyaksikan kemenangan berpihak kepada skuad bimbingan Yusri Che Lah itu dengan keputusan 3-2.

Masaki Watanabe

Sumber Gambar: Kelantan FA

Pemain berusia 33 tahun itu pada mulanya menyertai Perlis Northern Lions pada awal musim 2019. Namun, setelah pasukan tersebut menghadapi isu tunggakan gaji, Masaki Watanabe mengambil keputusan untuk keluar dan menyertai Felda United.

Bersama Felda United, bekas rakan sepasukan lagenda Jepun, Kazuyoshi Miura itu membantu The Fighters terselamat daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana musim ini apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10.

Masaki Watanabe

Sumber Gambar: Kelantan FA

Selain Watanabe, turut kelihatan pemain yang sebelum ini menjalani ujian bersama Kuala Lumpur, Guy Gnabouyou dan bekas pemain Sabah, Igor Cerina turut terlibat pada perlawanan PJ City.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan di sini:

Isu Hutang: Melaka Dan Kelantan Berjaya Lepas, PDRM Dipotong 3 Mata Liga Super Musim 2020

B. Sathianathan: Optimis Pemain Muda Kelantan Mampu Bawa Skuad The Red Warriors Kembali Ke Liga Super

Kelantan Punya Potensi Untuk Cabar Kejuaraan Liga Perdana 2020

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group