Pasukan kebangsaan China melantik bekas pemain Everton, Li Tie sebagai pengendali baharu bagi menggantikan Marcello Lippi yang meletak jawatan pada November tahun lalu.

Lippi mengambil keputusan sedemikian setelah China tewas kepada Syria dalam aksi kumpulan A kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sekaligus mendapat kecaman hebat daripada peminat bola sepak negara itu.

Kekalahan tersebut menyebabkan China jatuh ke tangga kedua dimana mereka berada lapan mata di belakang pasukan Syria yang sedang menghuni carta kumpulan A.

Setelah dua bulan menunggu, akhirnya Li Tie dilantik sebagai pengendali baharu oleh Persatuan Bolasepak China (CFA) selepas mengendalikan pasukan simpanan ke Kejohanan Asia Timur di Korea Selatan pada Disember lalu.

Li Tie mewakili China dalam 92 perlawanan termasuk pada pusingan akhir Piala Dunia edisi 2002 yang satu-satunya penampilan negara itu dalam kejohanan tersebut.

Beliau bersara pada 2011 dan bekerja sebagai pembantu jurulatih kepada Lippi di Guangzhou Evergrande di mana dia memenangi gelaran Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 2013 dan bersama skuad senior kebangsaan sebelum menjadi ketua jurulatih Hebei China Fortune FC.

Pengendali berusia 41 tahun itu kemudiannya dilantik menjadi ketua jurulatih Wuhan Zall pada musim 2017 dengan membawa kelab terbabit berjaya keluar daripada divisyen kedua ke tempat keenam Liga Super China pada akhir musim 2019.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak China di sini:

RASMI: AFC Umumkan 10 Venue Pusingan Akhir Kejohanan Piala Asia 2023 Di China

Marcello Lippi Letak Jawatan Selepas China Tewas Kepada Syria

China Bakal Tambah Empat Pemain Naturalisasi Dalam Skuad Kebangsaan