Bekas pemain Bayern Munich dan skuad kebangsaan Sepanyol, Javi Martinez memilih Asia sebagai destinasi beliau yang seterusnya apabila menyertai kelab Qatar, Qatar Sports Club.

Javi dan Bayern mencapai kata sepakat untuk tidak menyambung kontrak setelah 9 musim beraksi bersama kelab gergasi Jerman itu sekaligus menjadikan beliau sebagai ejen bebas bagi saingan musim 2021/2022.

Sepanjang menyarung jersi Bayern, pemain berusia 32 tahun itu membantu kelab tersebut memenangi beberapa kejuaraan baik di peringkat domestik atau antarabangsa seperti saingan Bundesliga (9 kali), DFB-Pokal (5 kali), DFL-Supercup (4 kali), Liga Juara-Juara Eropah (2kali), UEFA Super Cup (2 kali) dan FIFA Club World Cup (2 kali).

Qatar SC menamatkan saingan Qatar Stars League musim 2020/2021 di tangga keenam sekaligus gagal untuk mendapat tempat dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Kelab bimbingan legenda Barcelona, Xavi Hernandez iaitu Al-Sadd muncul juara dengan perbezaan 13 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Perlawanan Liga Malaysia Tidak Dibenarkan Berlangsung Di Kawasan PKPD

Kutip 4 Mata Dalam Saingan ACL 2021, JDT Bawa Pulang RM250,000

Selepas 28 Tahun Liga Profesional Dilancarkan, Kini J.League Disiarkan Secara LIVE Di 66 Buah Negara