Dua kekalahan di tangan Malaysia dan Thailand membuatkan penyokong skuad kebangsaan Indonesia mahu pasukan sedia ada diubah sepenuhnya menjelang perlawanan seterusnya menentang Emiriah Arab Bersatu dan juga Vietnam pada Oktober nanti.

Selain menggesa agar barisan pemain diubah, penyokong Indonesia juga mahukan ketua jurulatih, Simon McMenemy digantikan dimana mereka telah melancarkan hashtag #SimonOut di laman media sosial selepas tewas kepada Thailand pada Selasa lalu.

Penyokong Indonesia Desak Simon McMenemy Letak Jawatan

Berhubung desakan untuk Simon meletakkan jawatan, anggota Exco Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Yusuf Nusi mencadangkan nama bekas ketua jurulatih T-Team atau yang kini dikenali dengan nama Terengganu FC II, Rahmad Darmawan sebagai pengganti.

“Saya akan mencadangkan untuk Simon McMenemy direhatkan pada pertemuan dengan Exco yang lain. Saya berpendapat ada jurulatih tempatan yang lebuh bagus dan dilihat layak untuk mengendalikan pasukan kebangsaan seperti (RD) Rahmad Darmawan.

“Saya sebenarnya mahu Luis Milla. Tetapi untuk saat ini, Rahmad dilihat calon yang sesuai,” kata Yusuf.

https://www.instagram.com/p/B2TPfz4gQu4/?igshid=1tv095hu6act6

Indonesia kini menduduki tangga tercorot kumpulan G setelah tewas pada dua perlawanan pertama masing-masing dengan keputusan 3-2 kepada Malaysia dan 3-0 kepada Thailand. Pada 10 Oktober nanti, mereka akan bertandang ke Dubai bagi menghadapi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kemudiannya menerima kunjungan Vietnam pada 15 Oktober.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Indonesia di sini:

Andritany Ardhiyasa Jadi Sasaran Amarah Penyokong Indonesia

Thailand ‘Titik’ Indonesia 3 Gol Tanpa Balas Dihadapan 11,619 Penyokong Stadium Utama Gelora Bung Karno

Rahmad Darmawan Berkongsi Kisah Menarik Perpindahan Safawi Rasid Ke JDT