Khabar duka melanda komuniti Liga Malaysia apabila bekas ketua jurulatih Selangor di era 90an dan 2000an, Ken Worden meninggal dunia.

Menurut perkongsian Selangor di laman media sosial rasmi pasukan, Worden meninggal dunia di Townsville General Hospital, Australia pada awal hari ini.

Ken Worden mula menjadi ketua jurulatih skuad Gergasi Merah pada tahun 1991. Pada 1994, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih buat kali kedua dan bertahan sehingga 1996. Pada musim 2002, Worden kembali dilantik sebagai ketua jurulatih buat kali ketiga dan beliau mengisi jawatan tersebut sehingga 2004.

Bersama Selangor, Worden membimbing pasukan itu memenangi tiga Piala Malaysia dan satu Piala FA Selain mengendalikan pasukan dalam 168 perlawanan.

Selain Selangor, Worden juga pernah menjadi ketua jurulatih pasukan Sabah, Terengganu dan KL SPA.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Perlawanan Merebut Kejuaraan Liga Premier 2021 Boleh Ditonton Di Saluran YouTube Unifi

Jordan Dan Uzbekistan Uji Kekuatan Harimau Malaya Pada Bulan Oktober

PAFA Ambil Keputusan Bubarkan Perak II