Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan kemasukan pemain baharu di posisi pertahanan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022 iaitu Adib Zainudin.

Pemain yang berusia 26 tahun itu telah menandatangani kontrak untuk bersama pasukan tersebut dan beliau adalah merupakan pemain tempatan pertama yang ditandatangani Terengganu FC bagi persediaan saingan musim hadapan.

Beliau juga merupakan bekas kepaten skuad bawah 23 tahun kebangsaan dan pernah membantu negara raih pingat Perak acara bola sepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Adib akan beraksi bersama Terengganu selama 2 tahun.

“Bekas Ketua Pasukan B-23 Negara yang berasal dari Mersing, Johor ini berhijrah ke pasukan Terengganu FC dengan mengikat kontrak selama dua tahun. Bagi Adib, terdapat beberapa faktor yang mendorongnya memilih untuk berhijrah bagi menyertai skuad “Hitam dan Putih” antaranya adalah untuk mencari cabaran baru bersama skuad yang bersaing dalam saingan Liga Super.

“Pada musim 2021 beliau adalah salah seorang pemain yang membantu pasukan JDT II menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ke-4. Kehadiran Adib di bahagian pertahanan dilihat dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Muhammad Bin Mohd Faudzi di samping memberi lebih variasi pilihan dalam barisan pertahanan Terengganu FC pada saingan 2022,” tulis kenyataan rasmi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah. 

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta

Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Syazwan Andik Dan Fadhli Shas Sah Sertai Melaka United

Selangor Beri Makna Cukup Besar Buat Nidzam Jamil