Bekas pemain skuad kebangsaan dan Perak, Nasir Basharudin sah sertai Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim 2020. Perkembangan itu diumumkan oleh laman facebook rasmi TFC selepas beliau selesai menandatangani kontrak bersama pengurusan pasukan tersebut.

“Pemain yang beraksi di bahagian tengah pasukan ini semestinya sudah tidak sabar untuk beraksi dibawah kendalian ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain dan semestinya kehadiran Nasir bakal menambah impak buat pasukan TFC bagi musim hadapan. Selamat datang Nasir ke keluarga besar TFC!,” kata kenyataan itu.

🏴🏳️SELAMAT DATANG NASIR BASHARUDIN KE PASUKAN TERENGGANU FC 2020 🏳️🏴Bekas ketua pasukan Perak FA, Mohamad Nasir Bin…

Posted by Terengganu Football Club on Tuesday, 12 November 2019

Nasir yang merupakan pemain paling lama berkhidmat untuk pasukan Perak dijangka akan menggantikan tempat pemain import dari kemboja, Thierry Chantha Bin yang tidak dilanjutkan kontrak dan berganding dengan Lee Tuck serta Sanjar Shaakmedov di bahagian tengah.

Terengganu FC merupakan pasukan kedua yang disertai beliau dalam Liga Malaysia setelah beraksi bersama Perak sejak tahun 2010. Sepanjang bersama skuad The Bos Gaurus, beliau telah membantu Perak meraih gelaran juara Piala Malaysia pada tahun 2018.

Namun, pada musim ini beliau jarang berada dalam kesebelasan utama pasukan Perak selepas kehadiran Leandro Dos Santos menyebabkan pengendali skuad itu, Mehmet Durakovic meletakkannya dibangku simpanan.

Pemain yang berusia 29 tahun itu mempunyai 10 kaps bersama skuad kebangsaan dan pernah dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee mewakili skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) dalam temasya Sukan SEA 2013.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Terengganu FC untuk saingan Liga Malaysia musim depan. 

Pemain Sayap Singapura, Faris Ramli Sah Sertai Terengganu FC

Terengganu FC Lepaskan 12 Pemain Sebelum Hadapi Saingan Liga Malaysia Musim 2020

Terengganu FC Mula Buru Pemain Import Hadapi Musim 2020

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group