Bekas ketua jurulatih kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak profesional Jepun, Kashima Antlers iaitu Masatada Ishii hari ini sah dilantik sebagai pengendali baru pasukan Samut Prakan City untuk saingan Thai League 1 musim 2020 nanti.

Masatada Ishii pada musim 2016 yang lalu pernah membawa Kashima Antlers sehingga ke perlawanan akhir saingan FIFA Club World Cup bertemu gergasi dunia Real Madrid dan berjaya mengikat kelab dari Sepanyol itu dengan keputusan 2-2 dalam 90 minit.

Kehadiran Masatada Ishii ini juga adalah untuk menggantikan ketua jurulatih Samut Prakan City sebelum ini yang juga berasal dari Jepun iaitu Tetsuya Murayama yang telah membawa pasukan itu menamatkan musim 2019 ditempat ke 6 keseluruhan Thai League 1.

Dengan ini, saingan Thai League 1 mempunyai 2 orang jurulatih dari Jepun dimana seorang lagi adalah Masami Taki yang mengendalikan pasukan juara Thai League 1 2019, Chiangrai United.

Dari satu perspektif, mungkin ini adalah satu impak atau pengaruh dari Akira Nishino yang mampu menarik minat jurulatih-jurulatih berprofil tinggi dari Jepun untuk datang mengendalikan pasukan dalam saingan Thai League.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Video: Pemain Watbot FC Rembat Kepala Pemain Pattani FC Gaya ‘Muay Thai’ Dalam Play-Off Thai League 4