Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa sangka ada 3 pemain skuad kebangsaan Indonesia U19 yang sedang meningkat naik, Bagus Kahfi, Bagas Kahfi dan Hamsa Lestaluhu sebenarnya pernah bersama pasukan Frenz United berpangkalan di Janda Baik, Pahang beberapa tahun lalu.

Bekas jurulatih skuad bawah 16 tahun Frenz United ketika itu, Mohamad Shaipul mempunyai cerita yang mungkin tidak ramai peminat bola sepak tempatan dan Indonesia tahu mengenai 3 pemain itu ketika beraksi di Malaysia.

Menurut Shaipul, beliau mula ‘bertemu’ dengan pasangan kembar itu ketika perlawanan persahabatan diantara pasukan Frenz United berhadapan dengan Blue Eagle Football School yang berpangkalan di Ciracas, Jakarta Timur pada hujung bulan Mac 2016.

9d988959-0385-4c36-997a-c1994735dbcc

“Inilah permulaan Bagus dan Bagas datang ke Malaysia dengan Blue Eagle Football School. Daripada situ saya pilih mereka untuk bersama dengan Frenz United.”

Bercerita mengenai mengapa beliau tertarik untuk membawa pasangan kembar ini ke Frenz United, Shaipul menjelaskan bahawa mereka memiliki kemahiran dan kepantasan serta kualiti individu yang baik.

“Saya nampak Bagus dan Bagas ini mempunyai kepantasan, dan dari segi kemahiran individu pula memang ada kualiti. 2 orang ini juga ada semangat juang yang tinggi.”

146018483_416361709468618_1345437784826744313_n

“Setiap perlawanan, Bagus akan menjaringkan gol. Dia kalau bergandingan dengan kembarnya (Bagas), memang sudah tahu setiap hantaran dan larian yang Bagus akan terima.”

“Lagi satu, disiplin mereka memang terbaik. Solat tetap no. 1”

Shaipul juga sempat berkongsi mengenai Frenz United U15 yang pernah menjadi pasukan jemputan dalam saingan Liga NFDP dan Bagus Kahfi pernah merekodkan hatrik ketika menewaskan Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kuala Lumpur 4-2.

“Setiap game kita ‘tapau’ pasukan dalam liga NFDP.”

Hamsa Lestaluhu Beraksi Dengan Frenz United Lebih Awal

Selain itu, Shaipul juga turut berkongsi mengenai seorang lagi pemain skuad kebangsaan U19 Indonesia iaitu Hamsa Lestaluhu yang lebih awal menyertai pasukan Frenz United sekitar tahun 2015 lagi.

Hamsa Lestaluhu, pemain yang berjaya ‘ditemui’ apabila Frenz United pergi ke Ambon dan dari situ, kelab membawa beliau ke Janda Baik, Pahang untuk berlatih dan bersekolah.

photo_2021-02-06_17-24-09

“Hamsa ini best. Dia ada kualiti hantaran yang baik dan merupakan kapten pasukan Frenz United U16.”

“Dia adalah pemain kesayangan pengurusan Frenz United, seorang yang sangat rajin. Apa latihan yang saya bagi dia ikut dan buat sebaik mungkin.”

“Hamsa datang daripada keluarga yang agak susah di Ambon, kami sangat rapat dan sehingga sekarang masih berhubung.”

Frenz United Tanggung Semua Kos Belajar Di Sekolah Indonesia

Tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka tidak diabaikan oleh pihak kelab dimana ketiga-tiga mereka ini dihantar bersekolah di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan stesen KTM Putra.

“Asalnya mereka belajar di Frenz United, ada cikgu yang datang. Tetapi disebabkan kos yang tinggi, pihak pengurusan hantar 3 pemain ini belajar di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur.”

SIKL

“Waktu pagi mereka ke sekolah menaiki van Frenz United sediakan. Semua dari hujung rambut sampai hujung kaki Frenz United support dengan biasiswa RM100,000 setahun.”

“Pemain-pemain dari Malaysia pihak pengurusan hantar ke sekolah di Bukit Tinggi.”

Bagus, Bagas dan Hamsa keluar seawal jam 6 pagi dari asrama Frenz United untuk ke sekolah yang mempunyai jarak hampir 50km dengan masa perjalanan sekitar 1 jam.

“Di Indonesia, mereka ini tidak ke sekolah kerana keluarga tidak mampu. Ada yang mampu, ada yang tidak.”

Frenz United Tutup, Terpaksa Lepaskan Pemain, Sedih Dan Terkilan

Kira-kira setahun selepas Bagus dan Bagas menyertai Frenz United, akademi itu terpaksa ditutup atas masalah yang dikatakan berkait dengan faktor kewangan.

Shaipul dan pengarah teknikal pada ketika itu, Jita Singh cuba untuk mempertahankan Frenz United, namun terpaksa melepaskan semuanya.

“Ikutkan, memang saya nak Bagus dan Bagas terus tinggal di Kuala Lumpur, tapi bila difikirkan balik mana ada kelab atau akademi yang boleh jaga pemain sebaik 2 orang ini, baik saya lepaskan.”

“Bila pemain-pemain ini beraksi dengan Frenz United, saham mereka tinggi dan kelab-kelab disana akan sedia menerima mereka, ini akan menguntungkan pemain serta kelab yang diwakili.

c6638ef5-8542-4990-af74-960934c2bcdc

“Dipihak pemain pula, pasti mereka kecewa kerana bukan senang untuk datang ke Malaysia kerana mereka bukan datang daripada keluarga yang senang.”

“Saya beritahu kepada mereka, kamu ada peluang yang cerah bila balik ke Indonesia sebab kamu semua pemain berkualiti yang tiada pada pemain lain. Kamu boleh pergi jauh.”

Shaipul juga sudah menjangkakan bahawa kelab-kelab di Indonesia sudah pun menunggu mereka pulang dan pihak PSSI juga memang mahukan pemain-pemain ini.

Nota: Coach Mohd Shaipul, tahun lalu bersama dengan kelab PIB FC dan NFDP. Tahun ini beliau masih dengan NFDP Pusat Latihan Daerah (PLD) Sentul dan masih mempertimbangkan tawaran untuk mengemudikan skuad Piala Belia Kuala Lumpur.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Masashi Motoyama Berlepas Dari Jepun Hari Ini, Pakai Jersi No.10 Kelantan United Musim 2021

RASMI: Al Jazira Club Tamatkan Kontrak Secara ‘Mutual Consent’, Kecederaan Omar Abdulrahman Punca Utama

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group