Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah mengumumkan pemain import baharu di posisi serangan bagi menggantikan tempat Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez yang tidak dilanjutkan kontrak.

Mereka ialah bekas penyerang import Terengganu FC, Kipre Tchetche yang mempunyai rekod 41 gol sepanjang 63 penampilan bersama skuad Penyu dalam saingan Liga Malaysia. Beliau akan berganding dengan Kpah Sherman yang beraksi dengan pasukan PKNS FC musim ini.

KFA turut memaklumkan skuad Lang Merah akan memulakan latihan pra-musim 2020 bermula pada hari Isnin ini dan Tchetche sudah pun tiba di Alor Setar untuk menjalani ujian perubatan.

77050198_2899295096769615_3669318422149201920_o

Ketibaanya pada jam 10 pagi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim disambut oleh pegawai, pengurusan KFA serta puluhan penyokong setia Kedah dengan penuh ceria dan bersemangat.

Penyokong tegar Kedah Faiz Fadzil dari Jitra, beliau merancang untuk hadir menyambut kedatangan Tchetche sebaik mendapat tahu pihak KFA mengumumkan hari ketibaannya.

“Saya hadir untuk menghadiahkan mafla Kedah sebagai cenderahati dan tanda ucapan ‘selamat datang’ ke negeri Jelapang padi ini.

“Keceriaan dan kemesraan dipamer Kipre menambahkan semangat penyokong yang mengharapkannya suka berada di negeri itu.

“Dia antara peledak utama Kpah Sherman yang dimaklumkan akan tiba esok,” katanya dalam Harian metro.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan terkini pasukan Kedah.

Kedah Mahu Adakan Perlawanan Pra Musim Di Singapura Atau Kemboja

Kedah FA Akui Masih Dalam Proses Perbincangan Mengenai Penajaan Dari Qatar Airways, Proposal Pertama Ditolak