Kekalahan pasukan negara di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam masih lagi menjadi bahan perbincangan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air. Malaysia berpeluang untuk meraih satu mata namun kegagalan memanfaatkan peluang terhidang memaksa pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe terpaksa menerima hakikat pahit apabila tewas dengan keputusan 2-1.

Perlawanan semalam turut mendapat perhatian bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar dimana beliau menyentuh gol pertama yang dijaringkan oleh UAE. Safirul membuat Thread di laman media sosial Twitter miliknya dan berkongsi pendapat mengenai penjaga gol yang ideal.

Safirul turut memberikan contoh ketinggian penjaga gol ternama bagi pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Qatar dan Iran serta beberapa pasukan dari rantau Asia Tenggara seperti Vietnam dan Thailand.

Di akhir thread, Safirul turut memberikan cadangan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) jika mereka mahu menggunakan pemain naturalisasi selepas ini, FAM perlu memberikan penekanan terhadap posisi penjaga gol.

Apa yang pasti, penekanan yang dilakukan oleh Safirul ini boleh dipertimbangkan oleh FAM bagi memastikan pasukan negara mempunyai benteng terakhir yang kukuh sekaligus mengelak daripada pasukan melepaskan jaringan mudah.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang UAE di sini:

Pemain Muda Tampilkan Persembahan Cemerlang – Bert van Marwijk

Brendan Gan Bidas Rungutan Bert van Marwijk Berkenaan Isu Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Tan Cheng Hoe: Kita Bermain Baik Tetapi Tidak Dapat Kekalkan Tempo