Pemain pertahanan kanan Indonesia, Asnawi Mangkualam akan terus beraksi dalam Liga Korea Selatan apabila menandatangani kontrak selama 2 tahun dengan kelab divisyen 2, Ansan Greeners.

Perkembangan ini disahkan oleh VocketFC Indonesia melalui agen Asnawi sendiri, Gabriel Budi. Selain dilanjutkan kontrak, terdapat juga syarat khusus yang dipersetujui secara bersama di antara kedua-dua belah pihak.

“Asnawi dilanjutkan kontrak di Ansan Greeners (K-League 2). Tempoh 2 tahun dengan pilihan yang lebih baik. Semangat bawa bangga Indonesia,” kata Gabriel Budi.

Ansan Greeners turut mengumumkan secara rasmi dan mereka yakin kapten Indonesia itu mampu membantu pasukan itu di benteng pertahanan.

“Ansan Greeners FC telah lanjutkan kontrak Asnawi Mangkualam Bahar. Asnawi yang menjadi pemain pertama Indonesia beraksi di K-League, mampu menyumbang kepada Ansan. Beliau membuktikan pilihan kelab tidak salah,” tulis kenyataan rasmi Ansan Greeners.

Asnawi menyertai Ansan Greeners sejak 1 Februari 2021. Beliau telah beraksi dalam 14 perlawanan K-League 2 pada musim 2021 dengan sumbangan ‘asisst’. Tetapi malangnya beliau tidak sempat beraksi selama 1 musim kerana mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, prestasi cemerlang dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 bersama Indonesia baru-baru ini telah menyakinkan Ansan Greeners untuk terus menyambung khidmatnya sehingga tahun 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Kelab Korea Selatan Buru Khidmat Pemain Pertahanan Indonesia, Pratama Arhan

Undian Kelayakan Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada Februari 2022

Jurulatih Singapura Letak Jawatan Selepas Gagal Bawa Pasukan Ke Final Piala Suzuki AFF 2020

Alexandre Polking Sasar Kejayaan Di Peringkat Lebih Tinggi