Syarikat penyiar gergasi yang berpangkalan di Qatar, beIN SPORTS dilaporkan meminta kelab Liga Perdana Inggeris untuk menyekat cadangan pengambilalihan Newcastle United.

The Magpies dikatakan hampir dibeli dengan dana berdaulat, yang melibatkan putera mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, dengan harga sekitar £300 juta.

Perjanjian itu dilaporkan akan menyaksikan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi akan membeli 80 peratus kepentingan di Newcastle, yang dimiliki oleh Mike Ashley selama 13 tahun.

Menurut laporan beberapa media Inggeris, beIN SPORTS kini mendesak Liga Perdana Inggeris untuk menentang pengambilalihan itu kerana kebimbangan yang timbul berkaitan dengan isu penyiaran haram sebelum ini.

Di mana Arab Saudi disyaki telah terlibat dan BeIN sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu,

Platform beoutQ, telah dikenal pasti sebagai saluran haram yang telah menayangkan beberapa acara sukan secara langsung termasuk perlawanan Liga Perdana di beberapa wilayah Timur Tengah.

Dalam surat rasmi mereka kepada EPL, Yousef al-Obaidly, ketua eksekutif beIN SPORTS, berkata kepada pengerusi kelab Liga Perdana Inggeris bahawa: “Pengambilalihan Newcastle United [telah] akan memberikan kerugian besar kepada pendapatan kelab anda dan komersial Liga Perdana”.

Beliau juga menambah bahawa impak teruk ekonomi yang timbul kerana pandemik koronavirus menyebabkan aktiviti haram beoutQ tidak akan dapat dibendung lagi.

Pada bulan Ogos 2018, Liga Perdana Inggeris telah menerbitkan surat terbuka yang mengecam beoutQ dan menyatakan beIN sebagai pemegang hak yang sah untuk Liga Perdana di wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA).

EPL juga menegaskan bahawa mereka telah melantik penasihat perundahan di Arab Saudi untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam penyiaran haram, yang digambarkannya sebagai “operasi lanun yang sangat canggih”.

Jurucakap Liga Perdana Inggeris mengatakan: “Liga Perdana telah menulis surat kepada Suruhanjaya Eropah sebagai sebahagian daripada Gabungan Pemilik Hak Sukan. Ini adalah salah satu langkah yang kami ambil untuk mengatasi masalah yang sangat serius ini.”

“Kami menjalankan program anti-cetak rompak yang signifikan di banyak negara untuk melindungi hak cipta Liga dan kelab kami.”

“Seperti semua pencipta kandungan dan pemilik hak yang lain, model perniagaan kami berasaskan pada kemampuan untuk memasarkan dan menjual hak yang dilindungi.”

Selain daripada BeIN, penjualan kelab itu kepada pihak Saudi telah mengundang kritikan dari Amnesty International.

Mereka menyatakan kerisauan ke atas kesepakatan pengambilalihan Newcastle ini akan digunakan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian dunia daripada isu hak asasi manusia yang melibatkan Arab Saudi.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

Newcastle Intai Khidmat Pochettino, Cavani, Mertens Dan Willian

Doktor Dedahkan Beberapa Pemain United Melecur Kerana Memasak Ketika Lockdown

Nama Nou Camp Dijual RM1.43 Billion

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group